Lesen motor

5:43 PTG


Assalammualaikum , hyee . sebenarnya nak cerita pasal lesen motor ni semalam . But , semalam penat sangat sebab bawak barang-barang yang still tertinggal dekat rumah lama ke rumah baru . pasal pindah ni mira cerita nanti kayy :)

Alhamdulillah semalam mira lulus ujian motor (P) . sebenarnya dah lama sangat tangguhkan buat test motor ni . haha . dari bulan 3 haritu , bulan 12 baru nak buat testnya . bukan ape , mira just malas nak buat yang lapan jam latihan moto tu . di sebabkan malas tu , buat test motor tertangguh-tangguh . 

last week , mira habiskan latihan tu . LOL . bila dah buat lapan jam latihan tu tetiba nyesal pada diri sendiri sebab tangguhkan buat latihan tu . tssskk . padahal bukan susah pun nak buatnya . just pusing tempat latihan motor tu 2 jam , lepastu esok buatlah lagi . tapi , bila penyakit M tu memakan diri . semua tu mesti tak buat . itu yang sampai lapan bulan bawak motor just berlesenkan lesen L je . tapi , motor dah hipokrit tampal pelekat P . LOL . Mujur tak kena tahan dengan polis .

Masa JPJ nak tengok kita buat pusing dekat kawasan motor yang macam kereta control tu . Nervous woo ~ Alhamdulillah tak lah sampai nervous tu memakan diri seperti selalu . Selawat je masa tu bebanyak , macam masa nak masuk dewan untuk SPM je rasanya . Mira ingat lagi Cikgu amir cakap .

Cikgu Amir : Selawat banyak-banyak , supaya Allah dekat dengan kita :)
okayy , bila dah buat pusing pusing , naik titi dan termelatah terbrek masa kat tempat berhenti yang angkat tangan tu . terlajak pulak daripada garisan kuning tu . LOL . lepas tu rasa macam 'ekh ? lulus ke ni :S' betulkan perasaan balik . Tawakkal mira tawakkal :D ohhoi , Lakalaka jelah masa tu .

And tunggu brape minit tah , JPJ tu bagilah keputusan kita . Pheww~ LULUS wooo . 19/20 . haha . salahnya tak guna brek tangan dengan baik . krik krik ~ Lantak situ . janji aku dapat Lesen . wuhuu . 
pada yang tak hambek lesen lagi tu , baiklah hambek masa muda-muda ni . dah tua nanti susah . anak siapa nak jaga , nak beli susu untuk anak nanti nak pergi naik ape ? XD

p/s: Lepas ni nak hambek lesen kereta pulak . TADE TANGGUH-TANGGUH LAGI !


You Might Also Like

1 comment

  1. Pelekat lesen L dan P tu macamana nak dapatkan?

    Thx

    BalasPadam