Cara-cara nak hilangkan bosan

11:02 PTG



Assalammualaikum , hai korang . jawap salam aku tu .  see , gambar setepek kat atas tu muka kebosanan tu . acah acah manje je muka tu pula . duckface . 
Masa-masa cuti mesti ramai yang kebosanan tahp gaban kan ? lagi-lagi lepasan spm yang masih menganggur di rumah seperti aku ini . berat pun dah naik dua kilo dah . ohhhnooo .

Because of that , saya ingin berkongsi bersama anda semua bagaimana hendak menghilangkan tahap kebosanan tahap gaban tu dirumah anda . *Tips bebongak jo ni .

  1. Photoshot seorang diri
Ha , ini favourite aku , korang make-up make-up lah muka korang tu sendiri , lepastu pakai baju yang meletup yang kalah mak jemah punya baju . lepastu , syok sendiri dalam bilik . lagi best kalau ada teman . ajaklah kawan-kawan ke . akak ke , abang , adik semua angkut masuk bergambar bersama

2.  Tidur

Benda ni memang mujarap sangat , cubalah .

3.  Bersiar-siar 

Kalau dah duduk dalam rumah tu , pusing-pusing rumah tu dar luar sampai ke dapur tak dapat nakhilangkan kebosanan korang tu . lebih baik korang pergi lapangkan otak korang tu bersiar-siar satu kampung atau taman . ajaklah kawan-kawan korang . Ada jugaklah teman nak bersembangkan .

4.  Baca novel

Daripada kita melamun tah kemana , lebih baik kita isi masa kebosanan kita dengan membaca . ha , lagi-lagi bacalah novel-novel yang romantis tahap cintan tu seperti Adam Hawa . haha

5.  Menjahit

Apa kata , korang beli kain felt tu , then , korang designlah apa benda yang korang suka kan . lepastu jahit . Kalau dah cantik and comel lotte tu bolehlah bagi dekat aku :D Jahit baju kurung pun bagus apa . bertambah juga baju-baju kurung korang nak pi kenduri kawin nanti .

6. Buat rakaman 

yang ni , kalau korang dah rasa macam nak jadi retis gitu , rakam muka korang yang tengah menyanyi . lepastu , korang tengok rakaman tu mesti korang tergelak punya . Aku buat , memang tergelakkan diri sendiri . haha

Okayy itulah tips yang agak borobodoh jo tu , saja nak isikan masa kebosanan dengan entry ni ha . Janji kita janganlah asyik menghadap lappy kita ni , sampai korang punya bilik tunggang-langgang sepah sana-sini okayy . Anda boleh *tetiba ,

p/s: Solat jangan lupa :) 

You Might Also Like

0 comment