Kek coklat lembab

5:06 PTG

hai jom buat kek yang simple lagi sedap !


Bahan A
2 biji telur
1 cwn minyak jagung
1 cwn gula pasir
1 cwn gula merah
[gula pasir & gula merah diletakkan didalam satu bekas yg sama ]
Bahan B
1 sudu kecil vanilla
1 stngah cawan susu segar ( susu kotak ducth lady coklat )
1 stngah cwn air
2 sudu kecil nescafe

Bahan C
2 sudu sodium bikarbornat
1 sudu baking powder
1 stngah cwn sebuk koko
2 cwn tepung gandum

Toping (last )
1 stngah cwn susu pekat
1 sudu besar minyak jagung
1 stngah cwn sebuk koko

Cara-caranya :
·         Sediakan bahan yang kering dahulu .  selepas itu , bahan basah
·         Bahan-bahan B di campurkan bersama .
·         Bahan-bahan C di campurkan bersama .
·         Pertama , bahan-bahan A dahulu .
1.       Pukul telur sehngga  kembang (jgn terlampau  kembang sangat )
2.       Masukkan minyak jagung dan gaul sehingga sebati .
3.       Masukkan gula pasir dan gula merah , sedikit demi sedikit  berselangseli dengan gaulan .     contohnya : masuk gula tiga sudu then gaul , masuk lagi tiga sudu gaul . sehinnga gula tadi habis . PERINGATAN : Jangan gaul sehinnga gula larut . pastikan gula masih lagi nampak kasar-2 .

·         Masukkan bahan-bahan B dan C pula :
1.       Masukkan bahan B beselang-seli dengan bahan C  ke dalam adunan .
Contohnya : masukkan dua sudu makan bahan C ke dalam adunan , kemudian gaul . selepas itu masukkan bahan B ke dalam adunan (sedikit jep . korang agak-2 jer okay ) then gaul . buat sehingga bahan B dan C habis
2.       Selepas bahan-bahan sudah habis di gaulkan bersama . Rasa adunan ( celup pemukul ke dalam adunan dan angkat ) mesti larh tidak terlampau pekat dan terlampau cair .
3.       Masukkan adunan tadi ke dalam Loyang yang disapu dengan minyak jagung .
4.       Dan bakar dalam 45 minit bersuhu 180 degree


·         Apabila dah masak , sejuk kan sebentar . kemudian keluarkan kek tersebut .
·         Letakkan di atas pinggan  atau lain-2 .

Topiing pula . cara-caranya :

1.       Satukan bahan-bahan toping ke dalam periuk kecil yg bertangkai ( ikut cita rasa masing-2, lebih mudah yg bertangkai)
2.       Didihkan air didalam kuali besar/periuk ( yang lebih besar drpd perik kecil tadi )
3.       Dan cairkan toping tadi sehinnga cair dan sebati . ( jangan sehingga pekat kerana ia akan menjadi pahit dan tak lawa )
4.       Sesudah cair dan sebati  , angkat periuk kecil tadi dan lap bawahnya dgn kain . supaya air didihan tadi tidak menitis diatas kek.

·         Tuangkan toping tadi di atas kek dan ratakannya .
·         Done !


Untuk lebih tampak menarik  , taburkan hirisan badam / chocolate rice / whatever .

PETUA :
1.       Gaul adunan / masakkan mengikut arah lawan jam 
2.       Oven mestilah dipanaskan dahulu , sebelum memasukkan kek
3.       Wajiblah bersabar semasa melakukannya
4.       Loyang yang hendak digunakan haruslah  mempunyai kertas yang disaluti minyak jagung  , dan tampal didalam loyang . kegunaanya , supaya kek kita cantik dan tak hitam bwhnya .

p/s: Selamat Mencuba resipi yang simple ini ! J



You Might Also Like

0 comment