Pertolongan

1:31 PG

Assalammualaikum w.b.t

Heyy , khamis semalam aku pergi pasar khamis . Pasar khamis ? ya pasar khamis yang ada dekat depan pasar setiap hari khamis dekat Tapah ni . Tu sebab nama dia pasar khamis okay ?
Ect , dah lama dah aku tak pergi pasar khamis ni . Faktor-faktornya berpunca daripada kerajinan diri nak pergi and lambat bangun . haha .

So , semalam pergilah sana dengan seorang dirinya akibat akak and mak taknak pergi . Motif utama nak pergi sana sebab nak beli kain eler untuk buat baju kurung moden dekat kelas menjahit nanti . Penyakit malas nak pergi kampar . Kenalah rajinkan diri pergi pasar khamis ni . Pasar khamis ni macam pasar pagi jugaklah . tapi lebih banyak jual kain-kain macamtu .

Okayy . dah sampai kat pasar tu round round dengan sendirian macam orang takde arah tuju kat dalam pasar tu . Cari kain and seluar track yang dikehendaki oleh diri . Dah dapat terus cari putu yang digemari dan terus balik . BUT ! sebelum dapat balik tu ada pulak masalah yang menimpa diriku ini . Tsk Tsk !

Okay , jenis mira ni malas nak gendung helmet kalau kat pasar macamtu . Normaly semua macam tu kan ? letaklah helmet tu seperti selalu dekat bawah seat motor . Masa sampai kat pasar and buka seat okay je . but , bila time balik tu seat tak boleh nak buka . sebab pembuka kunci tu dah loose . Cubalah banyak kali kan , tapi tak mau mau juga . Sampai tertanggal tempat pembuka kunci tu . lol

Still cool lagi walaupun dah risau berdupdap dupdap dalam hati ni . Allah je tahu masa tu . Dahlah ada abg jual kuih pulak tu dekat depat parking motor tu . Try try kopak sikit dekat helmet tu pun tak mau . But , Alhamdulillah ada seorang uncle india yang baik hati ni tolong mira . Dia kata dia tengok mira asyik buka seat tu dari tadi , tapi tak boleh . Then , dia tolonglah mira buka pakai kunci tu . Tak mau jugak dia buat . Then , dengan kudrat lelaki dia kateko . Dia cuba tarik sikit seat motor tu yang dekat area helmet tu . Then , mira cubakeluarkan gelung helmet yang mira selit kat bawah seat tu . Alhamdulillah kami berjaya . pheeww ~ nasib baik uncle yang baik hati tu tolong mira . kalau tak mira balik rumah tak berhelmetlah cerita dia .

Mira ucap terima kasih dekat uncle tu banyak kali . Sebab lega sanagt dapat atasi masalah tu dengan pertolongan uncle tu .

p/s : Moral value yang terdapat dalam kejadian yang terjadi kat mira tu ialah kita kena saling tolong-menolong antara satu sama dengan yang lain tak kira warna kulit . Kita susah orang tolong , Orang susah kita pun kena tolong .


You Might Also Like

0 comment