Dalam fikiran

4:03 PTG

Waktu


Aku selalu terfikir tentang waktu, 
Umur ku meningkat maju, 
Tapi masih mencari hala tuju, 
Cukupkah aku mencari apa yang aku mahu? 

Cita-cita

Aku punya cita-cita dan harapan, 
Yang keluarga ku juga harapkan, 
Mungkin ia lambat tapi tetap kena teruskan, 
Tak kenal erti cemuhan.

Usaha

Ku usaha sehabis mampu,
kekadang mengeluh segenap waktu,
usaha ku masih tak sekuat ibu bapa ku,
tapi ku usaha hingga ku berjaya maju.

Cemburu

Kekadang cemburu melihat mereka dapat apa yang mereka mahu,
ku mahu sesuatu tapi ku tahu itu tak perlu ketika itu,
Pujuk hati dengan kata kata mu,
mungkin harini bukan milikmu,
tapi yang lebih baik akan datang siapa tahu.

Minat 

Minat itu suatu seni, 
Melakukan sesuatu yang engkau minati, 
Pasti akan menggembirakan diri. 

Belajar

Biar kau tak sepandai mereka, 
Biar mereka cemuh kau jika kau masih merangkak, 
Tapi teruskan pembelajaran kita, 
Agar diri tak jadi bongkak. 

Diri

Diri ini manusia biasa, 
Kekadang teringin sesuatu benda, 
Mengharapkan sesuatu yang tak bisa dijangka, 
Untuk puaskan apa yang ada di dalam dada. 



Tulus hati dari : Zamira Othuman 
 

You Might Also Like

0 comment